BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

Kehidupan yang terlalu perit bersama dugaan yang diberi ALLAH s.w.t supaya mengingati nya.

3


 

Kehidupan aku dan keluarga aku ,


 

Bermula dari akal fikiran,bermula dari kesedaran

Hidup kini lebih sulit dengan dosa-dosa

Dan dihantui dengan dugaan

Yang diberi oleh allah s.w.t

Kerana perbuatan diri sendiri.


 


 

Setitik air mata melambangkan kesedihan,

Setitik air mata kerana kebahgiaan,

Setitik air mata akan menghanyut kebahgiaan.

Tapak kaki nya terletak hujung kebahgiaan akhirat ku

Kini hilang selepas ia menghembus kan

Nafas yang terakhir

Keperitan seorang ibu menjalani kehidupan yang

Sentiasa dengan dugaan.

Sama-sama merempuh dugaan hidup selama 30 tahun dalam perkahwinan kini terpaksa berpisah kerana

Kesalahan pada diri masing-masing.

Kini dia keseorangan berkorban mencari rezeki demi mananggung penyelaraan hidup anak bongsu nya yang masih lagi bersekolah,

Titik peluh nya umpama kan titisan mas,

Pengorbanan nya bagaikan lagenda untuk aku.

Aku pula menumpang di rumah mak angkat kerana tidak sanggup tinggal bersama ibu dan bapa aku,kerana

Aku tahu,aku akan bergaduh dengan mak dan abah jika aku sentiasa melihat wajah mereka,jadi

Aku jarang kan diri untuk berjumpa dengan mereka demi kebaikan mereka dan kebaikan aku.

Walaupun berjauhan jasad tetapi hati aku sentiasa merindui kan keluarga aku

Sentiasa terpahut kenangan bersama keluarga ,

Sentiasa menangis dengan dugaan yang menimpa aku selama ini

Aku memberontak

Aku marah dalam hati

Dan menonjolkan nya dengan perbuatan.

Disekolah,dirumah,diluar

Sentiasa dengan masalah yang aku buat.

Kini aku terfikir yang aku bodoh selama ini aku tidak fikirkan perasaan orang tua aku.

Menangis dengan sekuat hati,penuh dengan keperitan tiada siapa

Dapat merasakan nya. Tangisan demi tangisan tidak

Juga dapat memberi jawapan pada soalan

Ini dan juga menyelesaikan nya.


 

Hidup bagaikan diterbang ke ruangan udara.

Tangisan ibaratkan bumi yang perlukan hujan,keluarga ibaratkan

Kaca,ianya mudah pecah jika tak dijaga.


 

Terkejut apabila mak menunjuk kan riaksi yang tak pernah aku lihat

Pada dirinya,dapat merasakan sesuatu akan berlaku.

Keesokan hari mak jatuh sakit,sakit kerana injap palsu pada jantung nya tersumbat.

Pada tengah hari lalu aku dapat berita tentang nya, hati aku mula merasakan gelisah,

Ada sesuatu yang tertanya-tanya di hati ini.


 

Menunggu adik-beradik aku datang dan membawa aku pergi ke hospital untuk melawat ibu aku sehingga lah

Waktu melawat nak habes,tp tiada siapa yang muncul untuk mengambil aku.

Betapa terasa nya hati ini ibarat kan anak kucing kurap yang mencari ibu nya dan tiada siapa yang menolong.

Terpaksa aku minta bantuan pada abang angkat aku untuk menghantar aku ke rumah sakit,sampai akhir nya di hospital ini walaupun terlambat

Aku menghampiri pintu masuk tersempak dengan abang dan kakak aku,aku mula merasakan kecil hati kerana

Perbuatannya yang tidak mempeduli kan aku yang risau kan situasi mak.


 

Aku terus berjalan laju ke kaunter pertanyaan dan meminta bantuan dimana katil sakit ibu aku.

Pabila sampai ke katil mak aku,aku ternampak mak terlihat senyum pada aku dari jauh yang menonjol kan perasaan nya yang

Ingin bertemu dengan aku. Aku minta maaf pada mak kerana datang lambat dan aku tidak mengadu pada mak

Pasal menunggu abang dan akak aku ambil aku kerana aku takut mak

Tak sedap hati kalau aku bergaduh dengan adik beradik aku.

Aku menanya kan khabar mak dan macam mana mak boleh jatuh sakit,dan aku nasihat kan mak menjaga diri nya hati-hati

Tiba-tiba akak dan abang aku muncul di sebelah katil mak aku bibir aku yang tadi berbicara secara tidak sengaja

Tertutup dan tidak berkata apa-apa,aku jauh kan diri dari katil mak aku membiar kan mereka berbual-bual dengan mak.

Aku berpura-pura melihat television yang ada di hadapan katil mak,aku cuba melihat ke arah mak dengan cara sembunyi-sembunyi aku meliha

Mak melihat aku dengan penuh resah seolah-olah dia tertanya-tanya didalam fikiran tentang aku.

Aku mula nak menangis tapi aku menahan nya dengan kesabaran.


 

Aku terus ke arah mak dan mengatakan " mak ejad balik dulu ,esok tengah hari lepas balik sekolah ejad janji ejad datang lawat mak" aku pun salam mak dengan penuh persaan sayang tp mak melihat aku dengan begitu sedih pandangan nya terhadap aku.

Keesokan hari nya aku pulang ke sekolah dan tertidur kepenatan kerana pada pagi nya aku ada sukan,dengan tersentak hati aku bedegup-degup hingga aku tersadar daripada tidur,handphone mak angkat aku berbunyi kerana ada orang call mak angkat aku,

Mak angkat aku menjawab panggilan itu. Rupa-rupa nya akak aku,selepas mak angkat aku mati kan panggil


 

an tu mak angkat aku terus mengatakan bahawa mak aku tengah sakit tenat "nazak"

Aku mula gelisah hati aku mula merasakan tidak sedap dan terus membawa motor bersama-sama abang angkat aku pergi ke

Hospital tanpa menyalin pakaian sekolah aku,

Didalam perjalanan tu aku fikir kan macam-macam pada mak,minta-minta jauh kan daripada ajal nya.

Sampai saja dihadapan bilik sakit mak aku berhenti melihat akak dan abang aku menangis ,menangis dengan kuat-kuat.

Aku berfikir macam-macam dan melihat kearah katil yang ditutupi dengan langsir disekeliling katil mak.

Aku rasa pelik dengan kelakuan begini,akak yang daripada hujung terlihat aku terus hampir terhadap aku dengan tangisan nya yang tanpa henti-henti.

Akak mengatakan.

"ejad,akak mintak maaf atas kesalahan akak ngn ejad. Ejad jangan sedih yea mak dah ta ada lagi… mak dah meninggal"

Dengan tidak sengaja tiba-tiba air mata yang penuh dengan kasih sayang aku terhadap mak menitis ke pipi,dan terus menitis tanpa henti.

Hati aku terus rasa sakit bagai kan terluka disebab kan kaca-kaca tajam,lutut aku terus jatuh menyembah kelantai dan terduduk menangis tak berlagu.

Ya Allah,apa kah dosa yang aku lakukan sehingga sebegini dugaan yang kau berikan terhadap aku,terlalu sakit nya aku melalui segala cabaran,terlalu perit nya hidup aku melalui dugaan yang kau berikan segalanya dan kini kau beri kan aku dugaan yang paling bersar hidup tanpa mak,aku menangis dan terus menangis,


 

Kini aku sangat merindui seorang mak yang aku sanjung selama ini pergi buat selamanya,hanya senyuman,tangisan,kehebatan mak yang tinggal didalam hidup aku kini. Tangisan ta akan berhenti jika aku teringat akan mak.

Hentikan lah dugaan yang diberikan selama ini untuk aku terus hidup dengan kejayaan tanpa disekat-sekat dengan dugaan.

Cukup dengan tangisan dapat melega kan kemarahan.


 


 

KACA KITA JAGALAH DENGAN BAIK

Berhenti lah mengharap anak mu Berjaya dalam kerjaya,

Supaya ia tidak memaksa dirinya untuk menimba ilmu.


 


 

Minta maaf ayat saya terabur .


 


 

about me

Asalammualaikum,nama aku Mohammad Izzat Farith bin Samion aku dibesarkan di KulaiJaya,Johor Bahru.

Tahun kelahiran 1995, tempat kelahiran di hospital tun aminah.

Aku seorang suka menceria kan kawan-kawan walaupun dipandang seperti tidak tahu malu,tp aku tetap masih ada maruah diri.

Setiap langkah berkawan aku sentiasa berhati-hati supaya aku tidak bergaduh dengan mereka.yang mana aku rasa tak selesa berkawan aku akan jauh kan diri. Aku suka berkawan dengan orang yang dipandang jahat,sebab aku dapat mempelajari kesalahan mereka dan tahu bagai mana mengatasi nya tp aku tidak akan mengikut jejak langkah mereka kerana aku masih lagi berfikir kan masa depan aku.

Aku suka senyum dan tertawa kerana aku kekurangan kebahgiaan tak kesah lah bende yang bodo pun aku tetap akan ketawa atau tersenyum.

Kepada manusia yang suka sangat bercinta aku nasihat kan gud luck lah pada korang Berjaya memperbodo-bodo kan orang lain dan kene balik kat kau,

Bak kata orang hidup besuka-suka mati nanti berduka. ;) penjelasan sewaktu sekolah rendah aku bersekolah di
(SKTM) sekolah kebangsaan taman muhibbah. Sampai darjah 3 aku pindah pulak ke sekola (SKIP 2) sekolah kebangsaan indahpura 2 sampai darjah 5,dan pindah lg ke
(SKMKJ) sekolah kebangsaan mohammad khir johari sehingga lah aku habes kan pengajian sekolah rendah. Huh terlalu banyak aku pindah sekolah dah macam anak PM main tukar-tukar sekolah tp semua tu tak sia-sia dapat jugak A dalam upsr walaupun satu jeaa. Haha. Naik pengajian di pernilaian menengah Aku masuk ke(SMKTU 2) sekolah menengah tasek utara,, tp sekejap jea tak tahan duk asrama. Maklum lah orang dah terbiasa hidup bebas ttbe kene kong-kong terase nak mengamuk macam kingkong. Then aku pindah pulak sekolah biasa yang bukan asrama,(SMKIP 1) sekolah menengah indahpura 1. Kat situ baru lah aku ingat nama kawan-kawan yang rapat kat sekolah
Qal qaw sar,Mohaamad Farok,Aliff aziq,Mohammad Farid,Faishal,Faiz (tupai),Hasrul (indon),Zaydee azreen,ridhwan RAJALI, Wan tuqiman,Fara,Erra nuraniza, nurul amira, ika, faz, zawanah, atika fauzi, etika (tikus),amira adiba ,

Ni lah senarai kawan-kawan yang selalu aku dengki kacau kutuk ponteng kelas kene sebat ngn cikgu disiplin dan sebagai-bagainya lahh. haha

masa kat sekolah rendah tak banyak aku ingat Cuma aku ingat
,aleep gelek,ayun,mamat,mirul,afiq jasmine,

kat sekolah indah pura pun bukan nye lame sekejap jea,aku pindah ke
(SMKS) sekolah menengah kebangsaan senai
pulak mase form 2 sebab dah nak kene buang sekolah kat indahpura, kat senai pun ramai jugak kawan aku dapat yang paleng degil nak mampus kat senai.syamir (kambing), boboy, mamat said, iqbal jaafar, itik , cik tieyaa, izzaty. kat senai ni aku kurang campur dengan pempuan aku suka buat hal aku dengan dak lelaki jea lau perempuan senai aku suke layan gitu-gitu jea tp diorang baek selalu bg aku 50 sen setiap sorang. Haha.

Skang ni
dah tak lg aku belaja kat kulai lepas jea habes PMR aku terus pindah sekolah kat kota tinggi ambek aliran
vokaysional kelas Binaan Banggunan 2 nak jd kontraktor lahh tak pun arkitek. Hehee.

Aku suke kalau kat dalam bengkel tp kalau kat dlm kelas sebelum bukak buku aku dah membute buat peta dunia. Haha tah ape lah yang kelakar, tp aku akan ambil contoh oleh kawan rapat aku

1.azyrul hakim (kerja)

2.nasrullah (sekolah di SMV TANJUNG PUTRI)

3.amer fazli (kerja)

4.ahriffin (kerja)

5.farid ismail (kerja)

6.joe putek .(kerja)

yang dripada kecik sampai kebesar sentiasa bersama sampai lah ade yang dah keja walaupun spm diorang tak berapa baik tp kerajinan diorang aku jd kan contoh dalam diri aku.

Diorang lah kawan aku yang aku tak akan lupa kan sebab terlalu baik dengan aku, yang paleng kecik dalam group ni aku lah and yang masih sekolah lg Cuma dua orang jea aku dan nas. Macam tak sangka dulu zaman-zaman diorang sekolah lg selalu lepak sama-sama kat tp kedai ubat haha sampai lah depan rumah ipin skang ni semua sibuk kerja bila time gaji pergghh menganjing maklum la orang keja Singapore gaji tak macam orang kerja kilang kat Malaysia. Tp bgus nya diorang walaupun sibuk kerja time gaji tak jugak lupa kat aku yang paleng kecik ni and nas sekali.haha. aku tak akan pernah lupa sahabat aku semua. ;)